Ahad, 27 Februari 2011

Accident...

Hari ni aku naik cab dari PWTC ke Sri Hartamas RM 7.50...

Mujur, jalan tak jammed..

Kalau jammed, entah berapa ler?

Khamis, 24 Februari 2011

Hari yang amat dukacita...

Aku rasa amat sedih bila kereta kesayanganku remuk dilanggar oleh Teksi yang dipandu Penduduk Tetap warga Indonesia, Sugeng...  Aku amat sayangkan keretaku... Kuatkan semangatku, ya Allah... Ameen...

Isnin, 21 Februari 2011

Kaya Dengan ASB !!!

Sebelum ini aku ada ceritakan yang aset paling utama untuk hidup mewah adalah melalui simpanan.

Tanpa simpanan, kita akan sentiasa ketiadaan wang dan tiada wang untuk back-up jika berlaku sebarang emergency atau kegawatan. Oleh itu, simpanan adalah kunci kepada kebebasan kewangan.

Menurut perincian semasa, orang Melayu merupakan kaum yang paling menyimpan di Malaysia, di ikuti India dan yang paling banyak menyimpan adalah orang India.

Ini dibuktikan lagi apabila kuota Amanah Saham 1Malaysia yang dilancarkan oleh PM kita baru-baru ini masih banyak kekosongan untuk kaum India dan Melayu.

Seharusnya di zaman era global dan ekonomi yang tidak menentu ini, kita wajib sedar mengenai kekuatan simpanan.

Baiklah, ramai yang ingin menyimpan tetapi tidak tahu bagaimana dan dimana untuk menyimpan wang mereka. Sebenarnya banyak jenis pelaburan yang sah di Malaysia ini yang boleh kita laburkan.

Seperti di koperasi, pelaburan di bank, amanah saham, hartanah dan emas. Semua ini kita boleh mencubanya tapi pokoknya kita perlu ada kewangan yang kukuh agar kita tidak kerugian kelak.



Bagi mereka yang masih di alam persekolahan atau di kolej-kolej atau baru sahaja memasuki alam pekerjaan, aku yakin dan percaya kewangan anda masih belum kukuh lagi.

Oleh itu, anda perlu mengelak dari melabur di tempat yang berisiko tinggi dan kurang modal. Dan bagi pendapat aku, tempat terbaik untuk memulakan simpanan anda adalah di Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk bumiputera.

Aku memilih ASB untuk anda memulakan pelaburan atau simpanan anda adalah kerana berikut:
  • Modal permulaan yang rendah. Serendah RM100 sahaja.
  • Risikonya kurang. Peratusan untuk anda kehilangan wang modal anda amat kecil.
  • Anda boleh buka akaun anda dengan mudah di pejabat pos atau mana-mana bank yang mempunyai perkhidmatan ASB.
  • Dividen tahunan yang agak tinggi. Walaupun masih terdapat banyak lagi simpanan atau pelaburan yang menawarkan dividen lebih tinggi, tapi untuk permulaan ASB adalah yang terbaik.
  • Mudah membeli unit saham yang baru untuk menambah nilai pelaburan dan simpanan anda.
Ya, jika anda ingin mendapatkan kebebasan kewangan anda tiada cara lain untuk menjadi iaitu simpanan!

Hanya ini sahaja yang mampu menjamin kestabilan ekonomi anda. Aku juga mempunyai beberapa tips yang wajib anda ikuti untuk meyimpan di ASB ini.

Tips ini sewajibnya di ikut untuk memastikan simpanan anda bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya berkurang.

Di bawah adalah tips ringkas menyimpan di ASB:
  • Target jumlah simpanan yang anda ingin miliki dan pada usia bilakah anda ingin mempunyai wang tersimpan sebanyak itu.Sebagai contoh, aku memberi sasaran untuk mempunyai RM100, 000 dalam akaun ASB aku pada usia 30 tahun. Aku berusia 20 tahun. Maka aku ada 10 tahun untuk menyimpan. Setelah membuat kira-kira, aku wajib menyimpan RM 834 sebulan. Maka ini jumlah simpanan anda yang perlu dilakukan setiap bulan.
  • Jadikan satu hari pada setiap bulan anda wajib ke pejabat pos untuk masukkan wang simpanan anda. Sebagai contoh, aku jadikan 30 haribulan setiap bulan sebagai hari ASB aku. Maka setiap bulan pada tarikh itu aku wajib pergi ke pejabat pos untuk masukkan ASB. Jadikan ini amalan dan jangan tertinggal.
  • Asingkan wang yang ingin di simpan dari pendapatan anda setiap bulan. Ingat! Menyimpan dahulu sebelum berbelanja. Sebaik sahaja dapat gaji atau mana-mana keuntungan, segera masukkan kedalam ASB. Jangan berbelanja terlebih  dahulu. Rata-rata orang akan berbelanja dulu dan akhirnya duit gaji habis di tengah bulan. Jadikan amalan, simpan dahulu sebelum belanja dan kalo boleh simpan amaun yang telah disasarkan pada setiap bulan seperti tips diaatas.

Aku rasa, sampai disini sahaja tips ringkas Menjadi Kaya dengan Simpanan versi ASB.

Sebenarnya, jika anda mempunyai RM100,000 dalam akaun ASB anda, anda akan mendapat dividen tahunan sebanyak RM6000 – RM8000 setahun.

Jika anda mempunyai RM200,000 dalam ASB, anda mempadat dividen tahunan sebanyak RM 16, 000. Jika anda hidup bersederhana, wang dividen ini amat mencukupi untuk anda hidup.

Bukan secara mewah tapi untuk hidup semata-mata dengan wang dividen ini sahaja. Oleh itu, anda perlu mula meyimpan sekarang untuk mencapai RM100, 000 pertama anda.
 
Banyak lagi jenis simpanan dan pelaburan yang telah aku cuba. Jika anda bijak memilih pelaburan dan simpanan anda, sampai satu tahap, anda tidak perlu melakukan sebarang kerja lagi untuk hidup mewah. Anda cuma perlu memanipulasikan pelaburan dan simapanan sahaja.

Aku akan kongsikannya pada entry akan datang. Apa pun jenis simpanan anda, jika anda tidak bertindak sekarang, makin lambat untuk anda mencapai kebebasan kewangan.

Apa Itu Harta Tanah?

the-regalia-image

Dalam hidup anda akan tiba satu ketika apabila anda menyedari bahawa anda bakal menjadi seorang jutawan, yang akan membawa anda keluar daripada beban masalah kewangan dan mengangkat anda ke mahligai kekayaan serta kebahagian. Ternyata itu semua hanyalah sebahagian daripada cerita dongeng sahaja dan ia akan terus kekal begitu.

Khayalan memang indah, tetapi anda harus sedar pada waktu yang tepat dan tidak terus dibuai dengan mimpi-mimpi yang tiada kesudahannya kerana hanya anda seorang sahaja yang mampu mengubah nasib hidup anda dengan inisiatif dan usaha anda sendiri. Peluang meraih kekayaan yang begitu besar pasti ditangan anda sekiranya anda mengetaui bagaimana caranya dan beriltizam untuk mencapainya.

Terdapat pelbagai cara untuk menjadi kaya tetapi disini saya ingin berkongsi jalan sebenar yang bakal anda perolehi tanpa mengira umur dan peringkat hidup anda. Yang penting adalah keinginan yang membara, kepercayaan dan kebolehan. 

Apa yang saya maksudkan disini ialah satu bidang pelaburan yang amat menarik iaitu pelaburan harta tanah. Pelabur biasa pun boleh memperolehi keuntungan daripadanya. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil dan pasti mengejutkan sebahagian besar tanggapan masyarakat kita tentang pelaburan hartanah.

PELABURAN HARTA TANAH

Harta tanah ditafsirkan sebagai tempat dimana anda meletakkan sejumlah wang bagi tujuan menjamin pemilikan dan kemudian mengaut keuntungan pendapatan yang berterusan daripada para penyewa atau membuat keuntungan dengan cepat iaitu jualan semula.

Dengan perbelanjaan modal yang minimum dan pembiayaan dari bank, anda dapat memperolehi keuntungan segera keatas nilai penuh hartanah. Lebih banyak harta tanah yang anda miliki, lebih kayalah anda. 

Harta tanah merupakan satu bentuk pelaburan yang mengagumkan. Ia mampu menjana wang dan pendapatan yang berterusan. Anda mampu menjana wang tanpa mengira berapa banyak jumlah permulaan pelaburan anda. 

Orang golongan pertengahan yang menjadi pelabur, dengan segera telah mendapat status jutawan dengan membuat pilihan pelaburan yang bijak berdasarkan maklumat dan pemilihan yang tepat. 

Dalam keadaan ekonomi yang kukuh, ramai pelabur-pelabur yang akan mengambil kesempatan daripada nilai harta tanah yang meningkat bagi menjana kewangan mereka. Pelabur akan menjual milikan mereka pada harga belian yang lebih rendah.

Apabila keadaan ekonomi meleset, pelabur-pelabur boleh membeli harta tanah dibawah nilai pasaran daripada pemilik-pemilik yang gawat. Kemudian pelabur akan membuat keuntungan segera apabila harga naik kembali melalui jualan semula. 

Semasa ekonomi meleset, ramai  yang terdesak untuk menyewa sahaja daripada membeli kerana kadar faedah yang tinggi. Oleh itu pelabur-pelabur akan menikmati hasil sewaan yang stabil daripada pelaburan harta tanah mereka. 

Tidak kira ekonomi baik atau tidak pada masa itu, pelabur pasti akan memperolehi pulangan yang setimpal ke atas harta tanah mereka. Peluang pelaburan hartanah sememangnya sesuatu yang menarik dan tidak akan putus-putus peluangnya disekeliling kita. 

Hakikatnya anda mampu menjana wang daripada bidang ini, ia bukanlah satu rahsia lagi. Tetapi, terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda saya.

Kenapa hanya peratusan yang kecil sahaja masyarakat kita yang bergiat aktif dalam bidang pelaburan harta tanah?. Sedangkan ramai yang berminat dan sudah menyedari tentang kekayaan yang diperolehi hasil harta tanah.

FAKTOR YANG MENGHALANG PELABURAN HARTA TANAH DILAKUKAN SECARA SERIUS

Ramai peserta yang hadir seminar atau ceramah hartanah tetapi hanya segelintir sahaja yang mengaplikasikan apa yang dipelajarinya semasa seminar dan bergiat aktif dalam pelaburan harta tanah. 

Sebahagiannya hanya membeli satu hartanah dan berhenti setakat itu sahaja. Disini saya ingin memberi contoh betapa untungnya anda sekiranya anda menceburi bidang hartanah ini.

Jika anda membeli 4 apartmant, yang mana 3 daripadanya dikawasan yang sama bernilai antara RM 80,000 hingga RM 120,000 setiap satu dalam tempoh 2 tahun. Anda mendapat margin pinjaman antara 85% hingga 90% harga belian setiap apartment. 

Apabila anda mandapat kunci menduduki apartment, anda terus menyewakan apartment tersebut kepada penyewa. Hasil pungutan sewa, anda mampu membayar ansuran bank semula. Dalam tempoh 15 tahun lagi, anda bakal digelar jutawan. Pernahkah anda membayangkn ini semua?. Ia semestinya satu keadaan yang ironik.

Terdapat banyak faktor yang menghalang orang ramai daripada membuat pelaburan harta tanah secara serius. Secara amnya, alasan utama ialah tiada tindakan diambil. Ini karana sikap skeptis dalam bidang pelaburan. 

Apabila anda tiada pemahaman yang mendalam dalam bidang harta tanah, secara langsung anda tidak akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak percaya ia mampu menjana wang anda. 

Memang diakui proses pembelian hartanah yang merumitkan dan mengelirukan mampu membuatkan anda tawar hati selepas pembelian pertama dan kedua. 

Faktor yang lain ialah kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, dana yang tidak mencukupi untuk membayar deposit dan masa yang tidak mencukupi untuk memberi komitmen dalam bidang pelaburan harta tanah ini.

hartanah

MENDALAMI ILMU PELABURAN HARTA TANAH

Tindakan yang tidak mencukupi, pada dasarnya akan timbul daripada rasa takut dengan kekalutan dan takut untuk mengambil risiko dalam transaksi hartanah. 

Kesemua ketakutan ini dapat diatasi dengan mudah sekiranya anda memahami bagaimana pelaburan harta tanah dilakukan dan apakah fungsinya. 

Biasanya, anda akan mendengar tentang risiko pelaburan dan proses yang rumit serta berpanjangan dalam proses permindahan milik hartanah. 

Anda juga takut kerana anda meletakkan jumlah nominal sebagai deposit tetapi dalam waktu yang sama anda dibebani dengan pinjaman dan faedah yang tinggi untuk bayaran balik. 

Anda mungkin akan kehilangan deposit sekiranya urusan anda tidak berjaya. Kemungkinan anda biasa mendengar pelabur yang kehilangan wang mereka akibat transaksi berunsur penipuan. 

Berita seperti ini turut mendorong dan menghalang anda dari terus memperolehi hartanah pelaburan pertama atau menceburi bidang pelaburan hartanah seperti sepatutnya. Isu utama yang saya ingin kemukakan ialah :

1. Bagaimana anda menangani sikap ragu-ragu  dan memperoleh kepercayaan dalam bidang pelaburan.

2. Setelah anda memulakan langkah pertama dalam bidang pelaburan, bagaimana anda dapat memastikan bahawa anda akan benar-banar berjaya dalam pelaburan harta tanah.

Anda perlu melengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu pengetahuan dan pemahaman yang pendalam tentang pelaburan sebelum anda menceburi bidang harta tanah secara serius. 

Ia dapat memberikan anda asas dan halatuju anda dalam menentukan tahap kejayaan anda. Sejauh mana anda akan berjaya dan pergi dalam bidang ini bergantung kepada input dan tahap komitmen anda. 

Bidang pelaburan memerlukan komitmen yang tinggi dari anda kerana ia sejenis bidang pelaburan yang mendatangkan kepuasan. Anda patut mempelajari prinsip-prinsip asas yang membentuk asas untuk melabur.
 
Anda akan mengetahui apa perkara yang perlu dijangkakan dalam bidang pelaburan sekiranya anda mempunyai pengetahuan tentang prosedur-prosedur asas yang terlibat dalam pembelian hartanah dan bagaimana membolehkan ia dipindahkan kepada anda serta proses-proses berkaitan penjualan hartanah atau sewaan. 

Anda akan lebih bersedia dalam menangani masalah yang timbul dan dapat membuat keputusan dengan betul sekiranya anda mengetahui mekanisme tentang cara pelaburan yang anda pilih.

Dengan mengatahui apakah yang anda laburkan, anda sudah berjaya menangani faktor risiko. Risiko sering kali datang sekiranya anda tidak mengatahui apakah yang anda sedang laburkan. 

Pelabur akan mengalami masalah dalam belian mereka sekiranya mereka tidak mengetahui apa yang mereka ceburi apabila membeli hartanah. 

Justeru itu, salah satu daripada peraturan sejagat dalam apa jua jenis pelaburan adalah tidak memberikan wang titik peluh anda untuk perkara yang anda tidak faham.

Walaupun bunyinya agak klise, tetapi masalah sering timbul ketika kita menuju kejayaan dan kekayaan. Anda akan memperolehi pengalaman yang sangat tinggi nilainya sekiranya anda berjaya menyelesaikan masalah halangan sementara.

Dengan pengalaman yang anda ada, ditambah pula dengan pengetahuan anda, maka anda akhirnya akan memperolehi keyakinan dan kepercayaan dalam bidang yang anda pilih.

PERKARA YANG PERLU ANDA SEDARI SEBELUM MELABUR

Di Malaysia, mempunyai undang-undang statutory yang tetap berhubung pemilikan dan prosedur-prosedur pindah hak di negara ini dan ianya seakan seragam. 

Sekiranya anda membeli hartanah disebabkan kawasannya sahaja dan sifat-sifat fizikal, anda sememangnya menarik beberapa risiko. Kebiasaannya, aspek-aspek perundangan akan dikawal oleh firma guaman yang dilantik oleh pembeli. 

Terdapat beberapa fakor utama yang patut bakal pembeli siasat terlebih dahulu sebelum berjumpa peguam atau menyempurnakan borang belian daripada ejen harta tanah dan membayar deposit dua peratus wang cengkeram.

Proses pindah milik hartanah kepada pembeli hampir sama tetapi harus diingat bahawa hartanah yang berbeza mempunyai liabiliti yang berbeza dan keadaan yang unik. 

Sebagai pembeli anda patut membuat penyelidikan dan kajian tentang hartanah yang ingin dibeli bagi membantu anda membuat keputusan yang tepat. 

Dengan dana yang terhad dan terbatas, kita sebagai pelabur perlu memastikan setiap hartanah yang dibeli ditukar menjadi pelaburan yang paling menguntungkan. 

Anda pasti dapat menjangkakan  apakah yang akan berlaku setelah perjanjian jual beli disempunakan, sekiranya anda mengetahui tentang status hartanah yang anda ingin beli dan anda juga telah dapat membiasakan diri dengan proses asas pindahan hak. 

Ditambah pula dengan semua faktor-faktor yang dapat mengurangkan risiko dalam pelaburan.

Antara faktor yang perlu diputuskan sebelum urus niaga diteruskan ialah hak milik hartanah anda, termasuk kategori kegunaan tanah, atas hak milik, jumlah tertunggak yang masih perlu dibayar kepada pihak pelbagai pihak seperti pemaju dan pembiaya penjual.

Setelah anda berpuas hati dengan fizikal hartanah, anda perlu melihat hak milik hartanah dan status penjual. 

Perkara tersebut boleh dijadikan faktor dalam perundingan dengan penjual bagi tujuan dapat mempengaruhi dari segi harga belian atau syarat-syarat pembayaran atau sekurang-kurangnya dapat melindungi kepentingan anda seagai pembeli.

real-estate-investing-jacksonville1

MENJANA WANG

Setelah anda membiasakan diri dengan prosedur dan proses pelaburan harta tanah, apakah yang perlu ada bagi membentuk palaburan ini. Bagaimanakah anda boleh menjana wang daripada pelaburan harta tanah?

Saya bukan bercakap tentang pelaburan harta tanah yang professional yang dapat menjana wang RM100,000 dengan membeli dan menjual hanya 1 hartanah dalam 10 atau 20 tahun. 

Disini misi kita adalah pembelian hartanah secara konsisten bagi tujuan menjual untuk mendapatkan keuntungan atau menyewa untuk pendapatan yang berterusan dari sewa yang kita perolehi dan untuk menambah ekuti. 

Tujuan utama kta adalah untuk menjadikan pelaburan harta tanah anda berjalan berterusan untuk anda memperolehi kenaikan modal dan hasil sewa yang stabil dan juga memaksimumkan pulangan pelaburan anda.

Dalam harta tanah, anda perlu ada perancangan dan strategi pelaburan yang selesa. Anda boleh memilih cara pelaburan yang konservatif dengan membeli apartment dalam lingkungan RM80,000 hingga RM150,000 dan menyewakannya untuk mendapatkan sewa. 

Atau anda boleh melabur dalam hartanah yang mahal bagi mendapatkan hasil sewa yang lebih tinggi. Tempat-tempat yang popular dianggap kawasan yang baik untuk pelaburan jika anda ingin menyewakan memandangkan tempat-tempat seperti itu mempunyai sewa yang lebih tinggi, contohnya seperti pusat bandar.

Secara alternatif, anda juga boleh memilih untuk memiliki hartanah komersial seperti lot kedai atau unit pejabat. 

Hartanah seperti ini biasanya memiliki masalah dalam penyelenggaraan disebabkan kebanyakan penyewa akan membaiki sendiri sekirannya terdapat kerosakan atau masalah dengan segera tanpa campur tangan dari tuan rumah. 

Ini kerana penyewa tidak mahu masalah itu mengganggu perniagaan mereka. Anda juga boleh cari hartanah yang dilelong. 

Anda mungkin dapat mencari tawaran yang baik dalam jualan lelong dimana hartanah yang dilelongkan ialah dibawah nilai harga pasaran semasa. 

Hartanah seperti ini hanya perlu dikemaskan sedikit sebelum diletakkan dipasaran semula untuk dijual atau disewa.

Anda tidak perlu membataskan diri anda dengan hanya satu jenis hartanah sahaja. Anda mungkin  dapat mempelbagaikan pelaburan anda.

REALITI

Jika anda memulakan mekanisme pelaburan anda pada umur yang agak muda,risiko anda lebih tinggi dan anda mungkin akan dibenarkan untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda kepada tempoh maksimum. 

Lebih lama tempoh anda, lebih kuranglah ansuran bulanan yang perlu anda bayar. Akhirnya anda mampu membeli lebih banyak hartanah. 

Sebaliknya jika anda memulakan pada umur yang lewat atau tua, anda mungkin mempunyai wang yang banyak untuk melabur tetapi kebimbangan utama anda adalah untuk melindungi kekayaan dan memberi penekanan dalam pemeliharaan modal.

Apapun umur anda, anda perlu kosisten dan cuba untuk memperolehi sekurang-kurangnya satu hartanah setiap dua tahun. 

Kemudian hartanah tersebut disewakan atau dijual sekiranya mendapat tawaran yang baik untuk mendapatkan keuntungan dan mempertingkatkan lagi untuk hartanah lain. Pelaburan harta tanah menghendaki kesabaran tetapi ganjarannya memang memuaskan. 

Setelah anda melabur sejumlah wang sebagai bayaran pendahuluan untuk sebuah rumah, anda akan memperolehi dua keuntungan iaitu yang pertama terdapat kenaikan modal dan anda juga memperoleh pendapatan sewa yang akan mengurangkan bayaran balik bulanan gadai janji anda. 

Anda juga turut menambah ekuiti dan pelaburan anda menjadi lindung nlai untuk mencecah inflasi.

Pelaburan yang daaing dari harta tanah adalah sangat pasif, yang bermaksud ianya pendapatan yang diterima tanpa sebarang usaha daripada anda. 

Anda tidak perlu bekerja untuk mendapatkannya. Jadi bermulah dengan perlahan-lahan dan secara kosisten binalah portfolio hartanah anda. 

Untuk mencapai satu juta pertama memang terlalu sukar, sekiranya anda sudah memperolehi satu juta pertama anda, nilai juta kedua pasti dalam genggaman anda.

Jika anda membeli hartanah bernilai RM200,000 setiap dua tahun secara kosisten, dalam masa 10 tahun anda bakal mencapai status jutawan di mana anda memegang kepentingan dalam hartanah bernilai RM1,000,000. 

Hartanah tersebut terus bekerja untuk anda setiap bulan dalam bentuk pendapatan sewa yang anda perolehi setiap bulan. Apabila anda menjualkannya, anda akan mendapat nilai bersih hartanah tersebut.

Persoalan dalan harta tanah bukannya sama ada anda boleh kaya tetapi lebih kepada berapa kaya anda ingin jadi dan bersediakah anda menghadapinya. 

Bermimpi dan menyimpan impian memang senang. Namun, untuk hidup dalam mimpi anda perlu bekerja untuk mencapai mimpi tersebut. 

Bukan sekadar mimpi sahaja. Jadi, sebenarnya berapa kaya anda ingin jadi dan apakah anda bersedia untuknya? 

Tepuk dada tanya hati, apakah yang anda inginkan dalam hidup sebenarnya. Semua jawapan di tangan anda dan anda lah yang menentukan segalanya.

Panduan Membeli Rumah Lelong

Peluang mendapatkan rumah lelong tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Adalah lebih baik jika peluang itu digunakan sebaik mungkin. Kerana kebiasaannya rumah yang dilelong ini berharga lebih murah berbanding pasaran dan adakalanya pembeli mampu berjimat sehingga 40%.

Hal ini ditambah dengan lokasi yang menarik, rumah lelong berdaya maju akan menjadi sebagai pilihan pelaburan. Ini disebabkan harga rumah baru yang sedang atau bakal dibina semakin meningkat. Jadi rumah yang dilelong secara automatik mendapat perhatian masa kini.

Dalam membuat keputusan memilih hartanah yang terbaik, terdapat kelebihan dan kekurangannya. Antara kelebihan membeli rumah yang dilelong ialah sebagai pembeli, kita boleh meninjau terlebih dahulu rumah itu untuk melihat sebarang kerosakan atau merancang pengubahsuaian jika perlu serta mendapat nasihat guaman.

Kebanyakan hartanah yang dilelong terletak dalam kawasan utama pelaburan. Malah, sebahagian kawasan berkenaan juga sudah dibangunkan sepenuhnya dan pihak bank turut menyediakan pakej pinjaman khas.

Malah, kita hanya perlu membayar deposit 5% saja daripada harga rumah berbanding 10% jika membeli rumah biasa. Justeru, memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Rumah lelong sesuai untuk mereka yang berminat membuat pelaburan dalam bidang hartanah kerana dapat menyelamatkan pembeli daripada masalah rumah tidak siap atau pun pemaju lari. Bagi mereka yang ingin membeli rumah kedua, rumah lelong adalah yang paling sesuai kerana ia dijual pada harga berpatutan.

Terdapat beberapa tips yang berguna jika hendak membeli rumah lelong. Antaranya ialah sebelum membeli rumah itu, buat carian hak milik secara rasmi di pejabat tanah. Kemudian lawati harta itu serta pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Jika boleh, berhubung dengan pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam bank untuk maklumat lebih lengkap. Kita juga boleh mengambil gambar dan datang ke tempat lelongan pada masa ditetapkan.

Pada hari lelongan, pembida diwajibkan membawa bersama antara lima sehingga 10% harga rizab harta berkenaan (bergantung kepada pelelong), sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Lazimnya cek tidak diterima. Mereka juga perlu membawa kad pengenalan asal dan perlu ada dua salinan.

Jika menjadi wakil sebagai pembida, kita perlu membawa kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan kita menjadi wakil mendapatkan lelongan, namun mereka hanya boleh menyertai lelongan untuk hartanah yang berstatus bumiputera.

Secara asasnya, untuk membeli hartanah / rumah di lelongan awam, anda perlulah:

•    Menyediakan deposit iaitu bersamaan 5% atau 10% daripada harga rezab -
Anda perlu memastikan jumlah itu dalam tema Pengisytiharan Jualan dalam iklan lelongan sama ada di akhbar atau pun melalui pelelong. Sebaliknya hubungi pelelong untuk maklumat lanjut.

•    Membuat bayaran deposit –
Kebiasaannya dua jenis bayaran diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque’ dan ‘Cashiers Order’.
Walau bagaimanapun, sesetengah bank atau pelelong menerima pembayaran dalam bentuk kad kredit atau tunai.
Anda perlu dapatkan maklumat ini dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong dan sebaliknya mengelak daripada membayar secara tunai.

•    Mendaftar diri sebagai pembida –
Anda boleh hadir pada waktu lelongan seawal satu atau dua jam awal untuk pendaftaran.

Pastikan membawa bersama deposit untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran / borang pendaftaran pembida daripada pelelong.

Sila pastikan juga nombor lelongan hartanah sama dengan hartanah yang ingin dibida dan cuba elakkan daripada memaklumkan kepada orang tidak dikenali mengenai hartanah yang ingin dibida dan harga tertinggi yang sanggup anda bida. Ini bagi mengelakkan maklumat anda diketahui pihak lain di leleongan berkenaan.

•    Menggunakan ejen sebagia wakil anda –

Selain menghadiri sendiri lelongan itu, anda boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil anda untuk membuat bidaan.

Pastikan ejen itu adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah. Anda boleh menghubungi pelelong untuk mendapatkan kepastian mengenai ejen itu.
 
•    Membuat bidaan –
 Selepas lelongan bermula, anda akan diberikan nombor pengenalan bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida tiba.

Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah itu sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab.

Mereka akan mengumumkan jumlah kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan.

Anda hanya perlu menunjukkan nombor bidaan anda apabila ingin membuat bidaan. Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.

•    Pengumuman pembida berjaya –
Selepas tiada lagi pebida yang membuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga tiga kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya.

Pembida yang berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong.

•    Mendapatkan pinjaman –
 Dalam tempoh 90 hari, pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai.

Jika tidak dilaksanakan, pembeli berisiko berdepan kehilangan wang deposit kecuali jika kelewatan yang bukan disebabkan pembeli.

Langkah di atas adalah panduan asas untuk membuat bidaan di lelongan awam. Ia sebenarnya tidak susah dilakukan tetapi bagi mereka yang baru mencuba untuk membida, berhati-hati dan sebaiknya mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan.

Paling penting, kita perlu mendapatkan terlebih dulu pandangan profesional. Selamat mencuba!

Rahsia Membina Empayar Secara Senyap

Sudah pastinya apabila anda berada dalam dunia perniagaan atau anda menyewa ataupun anda seorang pemilik sebuah bangunan. Dua perkara penting yang perlu anda ketahui. 

Pertama jika anda menyewa, anda akan dapat menilai sewaan akan meningkat setiap kali anda ingin memperbaharui perjanjian sewaan yang akan tamat. 

Perkara kedua, anda akan dapati harga bangunan tersebut sentiasa meningkat.

Sekiranya anda tahu, terdapat pemilik bangunan memperoleh pulangan berlipat kali ganda berbanding harga belian pertama bangunan tersebut. Walaupun anda tidak ubah suai bangunan  anda melainkan hanya mengecat setiap lima tahun. Nilainya tetap akan meningkat.

Kenapa dan bagaimana ia berlaku?

Semestinya dengan hanya memperolehi satu bangunan, anda akan mendapat pulangan yang lumayan.

Dijadikan contoh, sekitar sempadan Shah Alam dengan Subang Jaya. Harga bangunan di sekitarnya dijual oleh pemaju hanya lingkungan RM 1,000,000. Anda boleh lihat nilai purata peningkatan bangunan tersebut sebanyak RM 1,000,000 dalam masa setahun.

Bayangkan dalam masa 5 tahun?
Tentu “$$$$$$” yang akan timbul dalam fikiran anda.

Sehingga bila harga bangunan di sekitar ini akan meningkat?

Ia bergantung kepada permintaan dan penawaran. Sekiranya kawasan sekitar bangunan di situ membangun dan tiada lagi penawaran melalui bangunan baru, maka harga secara purata akan menjadi lebih mahal. Hal ini kerana pelabur atau pembeli tidak ada pilihan lain melainkan membeli melalui penjualan yang kedua.

Sebagai ahli pernigaan, anda akan memiliki banyak harta tanpa perlu anda bekerja keras dan ia akan datang sendirinya secara senyap. Apa yang perlu anda buat ialah hanya memastikan perjanjian jual beli dan pinjaman ditandatangani. Itu sahaja.

Di samping itu, anda perlu memastikan bangunan itu didiami oleh penyewa hebat. Anda perlu teruskan usaha anda daripada pendapatan bangunan pertama dengan menambah koleksi bangunan seperti rumah dan pejabat untuk merai pendapatan yang lebih lumayan.

Seperti pepatah mengatakan: “ sedikit-sedikit, lama-lama akan menjadi bukit”.

Jangan sekali-kali anda lepaskan peluang ini. Mulakan dari sekecil bangunan dan anda akan mengakhiri dengan sebesar bangunan. Jangan sekali-kali anda melalui bangunan yang besar yang akan mengakhiri bangunan yang kecil. 
Sekiranya anda melalui bangunan yang besar dan akan terus bangkit, anda adalah seorang yang hebat.

Tahniah!

Semakin banyak bilangan bangunan anda, risiko bebanan anda akan berkurang sekiranya anda mengikut kaedah yang betul untuk anda memilih lokasi, bangunan, dan harga. Ikuti tips berguna dari yang pakar.

TIPS-TIPS MENJUAL RUMAH

Menjual rumah tidak semudah yang ada difikiran ramai. Beberapa pemilik rumah yang mengalami kerugian ribuan malahan puluhan ribu ringgit hanya kerana tidak melakukan beberapa perkara asas yang sepatutnya untuk menjual rumah.

Anda ingin menjual rumah tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, tidak mahu membayar kos yang tinggi, tidak tahu harga jualan terbaik untuk keuntungan optimum serta tidak mahu mengambil masa yang lama dan pastinya anda tidak mahu melalui pelbagai perkara yang memeningkan kepala.

Bagaimanapun anda tidak perlu lagi risau sekiranya bercadang untuk menjual rumah, tidak kira sama ada menjualnya sendiri atau melalui ejen hartanah.

Walau apapun pilihan anda, setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri tetapi yang paling penting anda harus mengetahui prosedur yang berkaitan dan betul serta wajar.

Antara tips yang boleh digunakan untuk menjual rumah termasuklah cara menentukan harga terbaik untuk anda, masa yang betul, melakukan perkara asas yang boleh meningkatkan harga jualan anda untuk keuntungan maksimum dan pelbagai lagi.

1- Prosedur yang betul dan menjimatkan untuk menjual sendiri rumah anda.

Mengikut prosedur yang ditetapkan peminjam perlu mengemukakan permohonan untuk kelulusan menjual harta dan menyatakan cara penyelesaian hutang hendak dibuat.

Sekiranya penyelesaian hutang secara sendiri, peminjam cuma perlu mengemukakan permohonan penyata baki hutang seperti biasa.

Walau bagaimanapun sekiranya penyelesaian hutang membabitkan pihak ketiga (bank dan pembeli), permohonan melalui peguam perlu dikemukakan.
 Di samping itu, peminjam juga perlu memohon untuk dua perkara;

i) Memohon kelulusan untuk menjual rumah daripada Seksyen Cagaran.
ii) Memohon baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian kepada Seksyen Akaun, Unit Penyelenggaraan Pinjaman (Unit PP).

2- Prosedur yang betul melantik ejen / perunding hartanah berpengalaman dan profesional untuk menjual rumah anda.

Secara amnya seorang perunding hartanah mempunyai dua tanggungjawab iaitu; mencari pembeli atau penyewa bagi hartanah kepunyaan pelanggannya membeli atau menyewa.

Oleh itu, seorang perunding mempunyai dua jenis pelanggan – tuan punya hartanah dan mereka yang mahu membeli atau menyewa hartanah.

Di bawah undang-undang, seorang perunding hanya boleh menerima bayaran daripada satu pihak saja, sama ada tuan punya hartanah ataupun pembeli / penyewa. 

Bagaimanapun di Malaysia, kebiasaannya tuan punya hartanah yang membayar yuran profesional ini, kecuali jika pembeli atau penyewa memberi kenyataan bertulis bahawa mereka akan membayar yuran itu.

Mereka ini mendapat lesen di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 untuk mengutip yuran profesional dari menjual atau menyewa hartanah bagi pihak tuan punya tanah.

Untuk menjadi ahli profesional ini, anda harus mengambil peperiksaan hartanah yang ditawarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, menjalani khidmat latihan selama dua tahun dengan mana-mana ejen hartanah yang berdaftar dan lulus peperiksaan lisan.

3- Kelebihan serta kekurangan menjual sendiri dan melalui ejen hartanah.

Harga rumah yang paling murah di Malaysia kini berharga lebih Rm 50,000. Itu pun harga rumah murah. Harga purata rumah biasa melebihi RM 150,000.

Jika melakukan sendiri mungkin harga yang ditawarkan boleh dipertikaikan pelanggan memandangkan anda tidak mempunyai pengetahuan sewajarnya mengenai selok belok jualan hartanah.

Sebaliknya jika menggunakan khidmat ejen hartanah harga yang diletakkan ke atas aset berkenaan nilainya adalah mengikut harga pasaran.

Lebih baik mempunyai perunding peribadi yang boleh memberi nasihat dan panduan dalam menentukan nilai rumah yang hendak dijual, ia sebagai jaminan agar tidak tertipu kelak.