Isnin, 21 Februari 2011

10 tips jimat utk kumpul bajet kahwin

Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan
kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan
untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek
yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau
you all rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer 
Kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit 
korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack
kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad
kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting
contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan
majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines
yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada
stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh
jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded – 
kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…


5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan
motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan
H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok!  
Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all
kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda,
ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!


7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang
korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek
tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun
akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak
yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’
pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200?
Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’
pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok
sipang duit nok buat kawin la, ayang…”

8. Jimatkan bil rumah anda 
ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon
di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi
lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan
bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena
betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku
untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang
elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi
sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf
je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer
at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je
buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik  
di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan
menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3,
Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius
mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan