Ahad, 20 Februari 2011

Duit Lebih… Mahu Buat Apa?

Apa nk dibuat jika tetiba dpt durian runtuh...??? Contohnya tiba-tiba dapat selepuk duit! Maybe RM10,000 atau RM20,000 !  “Terus jam.. aku nak buat apa dengan duit nie?”
Kepada mereka yang menerima durian runtuh ini.. saya ada beberapa tips untuk anda.. !

1) Penuhkan Emergency/Reserved Fund!

Perkara pertama yang anda pelu lihat adalah pada “tabung kecemasan” anda. Jika anda masih belum mempunyai “tabungan kecemasan”, inilah masanya untuk anda penuhkan tabung kecemasan anda. Seeloknya, cuba penuhkan tabungan kecemasan anda untuk 6 bulan. Maksudnya, jika perbelanjaan anda RM3,000 sebulan, maka anda perlu simpan RM18,000 dalam akaun bank (Tabung Haji/ASB) anda untuk tujuan kecemasan.
Perkara kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti..
  • Anda dibuang kerja
  • Kereta anda eksiden
  • Ahli keluarga anda dimasukkan ke hospital
  • Peralatan rumah yang penting rosak, seperti peti sejuk, mesin basuh dan dapur masak.

2) Dapatkan Insurans/Takaful

Jika tabung kecemasan anda sudah penuh, lihat pula kepada sistem “perlindungan kewangan” anda. Iaitu insuran/takaful. Insuran yang mesti anda miliki (sekurang-kurangnya), ialah insuran perubatan (medical card) dan juga insuran kemalangan peribadi (Personal Accident). Jika anda belum ada sebarang insuran, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan perlindungan insuran.

3) Melabur / Membayar Hutang

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan serta perlindungan insuran. Jika anda masih ada “duit lebih”. Maka, bolehlah anda berkira-kira untuk melaburkan wang anda itu.  Namun begitu, sebelum anda melabur kepada mana-mana instrumen pelaburan, adalah terlebih baik untuk anda melabur ke dalam diri anda terlebih dahulu. Beli & baca buku, pergi kursus/seminar dan sebagainya.
Setelah anda benar-benar faham tentang sesuatu pelaburan itu, barulah anda boleh melaburkan wang anda.
Jangan teburu-buru meletakkan wang anda kepada sesuatu pelaburan sebelum anda betul-betul memahaminya. Risikonya akan menjadi sangat tinggi.. bak kata Warren Buffet..
“Risiko adalah keadaan dimana anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan”
Tetapi, jika anda masih blur dan tidak tahu mahu melaburkan wang anda kemana-mana,  saya kira, adalah lebih baik anda gunakan sahaja wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Sekuarang-kurangnya, anda boleh melepaskan diri dari bebanan kadar faedah sebanyak 4-18% yang mencengkam kewangan anda. Tak guna juga jika anda membuat pelaburan, dan memperolehi keuntungan 10% sedangkan anda terpaksa membayar faedah hutang kad kredit sebanyak 15%.
Senang kata, laburkan wang anda jika pulangan pelaburan yang ingin anda ceburi itu lebih tinggi dari kadar bayaran faedah hutang anda. Jika tidak, lebih baik setelkan sahaja hutang anda terlebih dahulu.

4) Barang Impian Anda

Ok.. jika katakan anda dah ada reserve fund, dah ada polisi insuran, dah setelkan hutang anda dan juga sudah melaburkan  sedikit wang anda. Tetapi masih lagi ada wang lebihan..
Pada waktu ini, bolehlah anda menggunakan “wang lebih” itu untuk membeli barang-barang yang anda impikan. iPhone ke? iPad? Kamera DSLR? Sofa baru? PS3?  Rantai Emas? Kereta? dan sebagainya…
Apa-apa pun yang ingin anda beli, kena beringat-ingat juga, jangan sampai tambah hutang dan membebankan anda dikemudian hari pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan