Isnin, 21 Februari 2011

Tips Bayar Duit Ansuran Rumah

Tahukah anda, dengan mengikuti beberapa tips mudah,
anda akan dapat mengurangkan kadar bayaran bagi rumah anda? Berikut adalah
beberapa tips yang anda boleh anda gunakan untuk bayaran rumah anda:

TIPS 1:

Bayar bayaran bulanan rumah anda 2 kali sebulan. Sekali pada awal bulan, dan
bakinya di pertengahan bulan. Sebagai contoh, jika selalu anda membayar RM1,000
tiap tiap hujung bulan, ubah cara anda dan bayar RM500 pada awal bulan, dan
selebihnya RM500 pada pertengahan bulan. Dengan melakukan ini, anda berjaya
mengurangkan kadar faedah sepanjang hayat pinjaman perumahan anda. Dengan cara
ini sahaja, anda akan berjaya mengurangkan kadar jangka hayat pinjaman rumah
anda tanpa menambah jumlah bayaran bulanan. Ini adalah kerana kadar fauedah pada
tiap-tiap bulan dapat dikurangkan dengan membahagikan bayaran anda.

TIPS 2:

Apabila membeli rumah, bayar 2 bulan bayaran rumah anda terlebih dahulu.
Jikalau bayaran bulanan rumah anda adalah RM1,000. Cuba cari jalan untuk
membayar RM2,000 pada mulanya jangka hayat pinjaman rumah. Dengan membayar dua
kali ganda bayaran bulanan rumah anda pada permulaan walaupun sekali, anda akan
mengurangkan jumlah jangka hayat pinjaman anda kepada beberapa tahun. Dengan
hanya membayar lebih pada permulaan pinjaman, anda dapat menjimat beberapa tahun
bayaran bulanan!

TIPS 3:

Bayar 10% lebih dari bayaran bulanan rumah anda. Jikalau bayaran bulanan
adalah RM1,000, cuba bayar RM1,100 sebulan. Dengan melakukan ini, anda akan
dapat menjelaskan jumlah bayaran rumah anda dengan lebih pantas. Tahukah anda,
selepas menjelaskan kesemua bayaran rumah anda (kebiasaannya 30 tahun), anda
sebenarnya telah membayar berkali-kali ganda harga rumah tersebut? Ini adalah
kerana sejumlah besar dari bayaran anda akan membayar faedah pinjaman. Oleh itu,
dengan menambahkan jumlah bayaran bulanan walaupun sedikit, anda berjaya
mengurangkan faedah yang dikenakan.

Moga dengan tips ini, anda akan dapat berjimat atas aset anda yang paling
berharga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan